Wilayah Pembangunan Iskandar atau WPI merupakan satu projek di Selatan Semenanjung Malaysia yang di majukan oleh kerajaan untuk memajukan kawasan di selatan negara yang merangkumi hiburan, perniagaan, penempatan dan persekitaran dalam meningkatkan ekonomi rakyat di kawasan itu.
Projek ini dimulakan pada 30 Julai 2006. Dari tahun 2006 hingga 2010, wilayah ini telah menarik minat para pelabur untuk melabur sebanyak RM47 billion dan dijangka akan meningkat dari tahun 2011 hingga 2025 sebanyak RM335 billion. Tempoh pembangunan projek bermula dari tahun 2006 hingga 2025.
Terdapat lima Zon Ekonomi iaitu :-
Zon A- Pusat bandar Johor Bahru - tumpuan kepada Daerah Kewangan dan Teluk Danga sebagai bandar tepi laut bersepadu
Zon B- Nusajaya - menjadi pusat pentadbiran baru negeri dengan membina universiti, pusat perubatan, resort dan juga hab logistik
Zon C- Pembangunan Gerbang Barat - pembangunan pelabuhan Tanjung Pelepas dan Zon Perdagangan Bebas
Zon D - Pembangunan Gerbang Timur - meliputi kawasan industri Pasir Gudang, pelabuhan Pasir Gudang dan Taman Teknologi Selatan
Zon E - Zon Senai - Skudai - kawasan lapangan terbang dengan hab Teknologi, hab Multimedia, hab ilmu dan lain-lain.
Projek ini merangkumi kawasan seluas 2217km persegi di dalam negeri Johor. Projek ini adalah untuk penjenamaan semula dan pendekatan terbaik untuk membangunkan negeri Johor kerana terletak berdekatan dengan Singapura. YTL Corporation bertanggungjawab dalam mengemaskini dan membangunkan keretapi laju di kawasan terlibat. Ini dapat menarik minat banyak pelabur untuk terus melabur dalam projek ini kerana memberi banyak kelebihan dan keuntungan terutamanya kepada penduduk setempat.
Projek ini di urus oleh suatu badan kerajaan yang di tubuh iaitu Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar. Mereka memastikan projek ini terus berkembang dan terus menarik minat para pelabur untuk melabur.
Anggaran penduduk iskandar dianggar 1.35 juta penduduk dan kos yang terlibat ialah RM4.3 billion yang di bentangkan dalam RMK-9. South Johor Investment Corporation Berhad (SIJC) syarikat pegangan pelaburan yang diberi mandat dalam inisiatif strategik dan pemangkin projek pembangunan ini.
Lokasi yang strategik dan sokongan kerajaan dalam projek ini dapat menarik minat para pelabur dan terus memajukan wilayah ini untuk membawa Malaysia ke mata dunia.
2 comments:
good..job
thanx encik!
Post a Comment